Sambutan Aidilfitri Madani di Selangor batal, negeri lain diteruskan

PETALING JAYA – Putrajaya membatalkan majlis sambutan Aidilfitri Madani peringkat Selangor yang dijadualkan di Bangi esok (Ahad) bagi menghormati mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights, Selasa lalu.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah mengesahkan perkara itu kepada FMT ketika dihubungi.

Dalam satu mesej dikongsi kumpulan WhatsApp Kementerian Kesihatan (KKM) untuk petugas media, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua penyediaan makanan bagi program esok diagihkan kepada pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan keluarga mangsa terbabit.

Anwar turut mengarahkan makanan itu turut diagihkan ke sekolah, asrama, rumah anak yatim dan rumah orang tua dengan KKM ditugaskan untuk mengetuai persiapan bagi sambutan berkenaan di Selangor.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Bagaimanapun, sambutan di negeri lain akan berjalan seperti biasa iaitu Pahang (11 April), Kelantan dan Pulau Pinang (12 April), Sarawak (19 April), Perak (25 April), Perlis (27 April) dan hari ini (Sabtu) berlangsung di Melaka.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, mewakili kerajaan negeri ini, beliau memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul susulan pembatalan itu demi menghormati mangsa dan keluarga terlibat insiden di Putra Heights.

“Sekalung penghargaan buat seluruh pasukan petugas dan pelaksana majlis yang bertungkus lumus memastikan majlis ini boleh berjalan sebagaimana matlamat, namun saya sangat menghargai persefahaman bersama demi maslahah yang lebih utama,” katanya.

Amirudin turut memaklumkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah memperkenan keputusan itu.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Kebakaran tercetus pada pagi Selasa itu telah memusnahkan satu seksyen sepanjang 500 meter saluran paip gas, mengakibatkan 111 orang cedera, kebanyakannya melecur dan masalah pernafasan.

Kejadian itu turut memusnahkan 225 kenderaan dan merosakkan 174 lagi.

Ia juga menyebabkan kawah terbentuk sedalam 10 meter, selain merosakkan rumah serta harta benda dalam radius 500 meter dari lokasi kebakaran.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *