Batu pengadang pintu rupa-rupanya objek bernilai jutaan ringgit

SEORANG wanita tidak menyedari batu pengadang pintu yang digunakan selama beberapa dekad rupa-rupanya objek berharga yang dianggarkan bernilai kira-kira AS$1.1 juta (RM4.86 juta).

Menurutnya, batu itu ditemui di dasar sungai di tenggara Bucharest, yang merupakan kepingan batu ambar terbesar pernah dijumpai di dunia setakat ini.

Batu itu yang mengandungi resin pokok fosil mempunyai nilai yang tinggi kerana warna tona hangat dan ia biasanya terdapat di sekitar perkampungan Colti yang merupakan tapak perlombongan sejak 1920-an.

Ambar milik wanita itu dikenal pati sebagai jenis rumanite yang berwarna tona merah kaya.

El Pais melaporkan pihak berkuasa telah menyerahkan ketulan batu berharga itu, yang diberikan waris keluarganya kepada pakar Muzium Sejarah di Poland yang mempunyai bahagian khusus untuk penyelidikan objek tersebut.

Warsaw turut mengesahkan ketulenan batu ambar tersebut dan dianggarkan berusia antara 38.5 hingga 70 juta tahun.

“Penemuannya adalah perkara besar di peringkat saintifik dan muzium,” ujar Pengarah Muzium Wilayah Buzau, Daniel Costache. – Agensi

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *