Paras air di beberapa sungai di Johor melepasi tahap bahaya, amaran

Paras air di beberapa sungai di Johor melepasi tahap bahaya, amaran

JOHOR BAHRU – Paras air di beberapa sungai di negeri Johor mencatatkan bacaan melebihi tahap bahaya sehingga jam 5.45 pagi ini, susulan hujan lebat yang berlaku.

Laman web rasmi Public Infobanjir melaporkan, Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang merekodkan bacaan 14.57 meter (m), iaitu 0.07m melebihi tahap bahaya 14.5m.

Dalam pada itu, Sungai Senggarang di Senggarang, Batu Pahat mencatatkan bacaan 3.35m, iaitu 0.02m melebihi tahap amaran 3.15m.

Selain itu, Sungai Ayer Hitam di Kampung Paya Embun, Pontian mencatatkan bacaan 5.35m, iaitu 0.35m melebihi tahap amaran 5m.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Bagaimanapun, trend bagi Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang dilaporkan menurun manakala Sungai Senggarang di Senggarang dan Sungai Ayer Hitam di Kampung Paya Embun dilaporkan tidak mengalami sebarang perubahan setakat ini.

Sementara itu, pihak berkuasa menasihatkan penduduk yang berada di kawasan rendah dan berhampiran sungai yang terjejas untuk berwaspada dan bersedia menghadapi banjir sekiranya paras air terus meningkat.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *