Farid, Diana bercerai kali kedua

KUALA LUMPUR – Pasangan pelakon sensasi, Farid Kamil, 43, dan Diana Danielle, 33, sah bercerai talak satu buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Lafaz cerai dilakukan Farid di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin selepas masing-masing bersetuju untuk bercerai secara baik.

Diana berkata, dia bersyukur dengan keputusan itu, malah dalam proses memperbaiki hubungan bersama Farid.

“Alhamdulillah, sekarang kami boleh fokus kepada anak-anak dan membina jalinan persahabatan lebih baik.

“Apa yang penting, kebaikan untuk anak-anak. Tiada apa sangat untuk diperkatakan kerana kerana semuanya sudah selesai. Terima kasih kepada Farid,” katanya dipetik laporan Berita Harian.

Sementara itu, Farid mengucapkan terima kasih kepada Diana kerana memahami dan memberi kerjasama yang baik.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Diana kerana memahami situasi.

“Kami boleh fokus kepada masa depan anak-anak. Apa yang terbaik hari ini adalah apa yang berlaku pada hari ini,” katanya.

Pada 4 November tahun lalu, Diana hadir ke mahkamah sama bagi pendaftaran rujuk dan memfailkan permohonan perceraian terhadap Farid.

Mahkamah kemudian mengesahkan status pasangan pelakon itu sebagai suami isteri selepas melalui prosiding permohonan pengesahan rujuk pada 20 November lalu.

Bagi permohonan cerai, Diana memfailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Nama pasangan itu kembali menjadi sebutan selepas Diana mengumumkan mahu memfailkan perceraian pada 28 Oktober lalu.

Bagaimanapun, Farid masih mahu mempertahankan rumah tangga dan menyayangi Diana dan anak-anaknya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *