Isu kuil: Polis cekup individu ugut bunuh Firdaus Wong

Isu kuil: Polis cekup individu ugut bunuh Firdaus Wong

PETALING JAYA – Individu dipercayai membuat ugutan bunuh terhadap pendakwah bebas, Firdaus Wong berkaitan isu pembinaan kuil telah ditahan polis pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, suspek yang merupakan individu tempatan itu ditahan untuk siasatan lanjut.

“Saya sahkan ada tangkapan berkaitan kes ini dan satu kenyataan media akan dikeluarkan,” katanya pada Ahad.

Media sebelum ini melaporkan pendakwah bebas berkenaan membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh di Facebook (FB), susulan kenyataannya berkaitan isu pembinaan kuil.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *