5 jam larikan barang kemas RM2 juta, suspek tumpas di Bukit Beruntung

5 jam larikan barang kemas RM2 juta, suspek tumpas di Bukit Beruntung

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di NSK Kota Damansara, dekat sini petang tadi ditahan polis malam ini.

Suspek yang juga lelaki tempatan dikatakan ditahan kira-kira jam 10 malam tadi di satu lokasi di sekitar Bukit Beruntung di Rawang lebih kurang lima jam selepas kejadian samun terbabit.

Berita Harian melaporkan, turut ditemukan bersama suspek sejumlah barang kemas yang disamun dalam kejadian antara jam 4.40 petang hingga 4.50 petang tadi.

Terdahulu, suspek yang bersenjatakan pistol dilaporkan menyamun kedai emas terbabit dan dipercayai sempat melarikan tujuh dulang barang kemas yang ada dalam rak pameran yang dianggarkan berjumlah RM2 juta.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Suspek kemudian dilapor melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Persona berwarna merah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dijangka mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *