Datuk Bandar KL jamin Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman tidak dirobohkan

Datuk Bandar KL jamin Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman tidak dirobohkan

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi jaminan tidak akan melakukan sebarang aktiviti perobohan struktur Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman berhampiran Jalan Masjid India, di sini.

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, kuil ini boleh beroperasi seperti biasa sehingga proses pemindahan selesai.

Menurut beliau, DBKL memberi jaminan setiap langkah yang sedang dan bakal diambil selaras dengan prinsip kebebasan beragama seperti dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Proses pemindahan akan dilakukan secara telus dan adil serta membabitkan perbincangan dengan pihak berkepentingan bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya.

“DBKL juga memberi komitmen untuk tidak melakukan sebarang aktiviti perobohan struktur kuil di tapak tersebut,” kata beliau pada sidang media, di sini, hari ini.

Kerajaan, jelas beliau, mengambil maklum cadangan pembinaan sebuah masjid di atas tanah milik sebuah syarikat swasta yang terletak di Jalan Masjid India, di sini.

Kata Maimunah, projek pembinaan masjid berkenaan merupakan cadangan oleh sebuah syarikat swasta yang juga pemilik tanah yang sah.

“(Cadangan pembinaan masjid) bukan daripada kerajaan. DBKL selaku pihak yang diamanahkan oleh kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk tampil membantu, mencari jalan terbaik buat semua pihak terlibat dan secara tidak langsung mengelakkan diskriminasi terhadap mana-mana kaum.

“DBKL telah mengenal pasti lokasi baharu pemindahan rumah ibadat terlibat bagi memastikan penganut Hindu dapat terus menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan mereka dan selesa dan harmoni,” jelas beliau lagi.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *