Presiden Somalia terselamat daripada cubaan bunuh di Mogadishu

Presiden Somalia terselamat daripada cubaan bunuh di Mogadishu

MOGADISHU (Somalia) – Kerajaan Somalia mengesahkan letupan yang berlaku di Mogadishu pada Selasa merupakan cubaan bunuh terhadap Presiden Hassan Sheikh Mohamud oleh kumpulan al-Shabaab, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut Kementerian Penerangan Somalia, konvoi Presiden diserang pada kira-kira 10.32 pagi waktu tempatan (0732 GMT) di daerah Xamar-Jajab, Mogadishu.

Ketika kejadian, Mohamud sedang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Mogadishu untuk menyertai pasukan tentera di barisan hadapan di negeri Hirshabelle.

“Serangan itu berjaya dipatahkan dan Presiden tiba di destinasinya dengan selamat seperti yang dirancang,” menurut kenyataan kementerian itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kementerian turut mengecam tindakan berkenaan yang menyebabkan kematian dan kecederaan orang awam yang tidak bersalah, sambil menyifatkan serangan itu sebagai tanda keputusasaan kumpulan berkenaan selepas mengalami kekalahan berturut-turut di tangan Tentera Nasional Somalia.

Pihak berkuasa telah melancarkan siasatan berhubung insiden itu.

“Dengan perpaduan rakyat dan sokongan rakan antarabangsa, kami akan memastikan keamanan dan kestabilan yang berkekalan untuk Somalia,” menurut kementerian.

Penasihat keselamatan negara kepada Presiden, Hussien Sheikh Ali menegaskan, Presiden berada dalam keadaan selamat dan meneruskan program rasminya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Kumpulan al-Shabaab mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *