Bella hadir sokong Syed Saddiq di mahkamah

Bella hadir sokong Syed Saddiq di mahkamah

PUTRAJAYA – Kehadiran Bella Astillah ke Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, mencuri perhatian ramai apabila selebriti itu dilihat berada di samping Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bella kelihatan cantik mengenakan baju kurung ketika hadir di mahkamah pada jam 8.40 pagi.

Sementara itu, Syed Saddiq berkata, Bella merupakan seorang wanita yang luar biasa.

“Saya terhutang budi dengannya,” kata ahli politik itu ketika sidang media.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mahkamah sebelum ini menetapkan Rabu dan Khamis bagi prosiding pendengaran rayuan Syed Saddiq, 33, bagi sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Sebelum ini Bella pernah menemani ahli politik itu ke sidang sidang Dewan Rakyat yang mana Syed Saddiq segak berbaju Melayu sementara Bella berbaju kurung dengan rona sedondon.

Video kehadiran Bella di Parlimen, turut dikongsi menerusi Facebook Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *