14/03/2025
PUTRAJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pada jam 8.46 pagi untuk memberi keterangan hari kedua.
Bekas Perdana Menteri kesembilan itu hadir dengan menaiki sebuah kenderaan jenis Audi berwarna hitam dengan diiringi polis pengiring.
Ahli Parlimen Bera itu yang memakai kurta putih turut melambai kepada pengamal media yang berada di pekarangan luar ibu pejabat SPRM.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menolak khabar angin bekas perdana menteri itu ditahan apabila tampil memberi keterangan.
Semalam, pegawai penyiasat mengambil masa kira-kira lima jam untuk merekodkan kenyataan Ismail Sabri.
Pada 11 Februari lalu, beliau disoal siasat berhubung ratusan juta ringgit yang digunakan untuk perbelanjaan promosi dan publisiti semasa pentadbirannya dari 2021 hingga 2022.
Hasil siasatan setakat ini, SPRM sudah merampas wang tunai dalam pelbagai bentuk mata wang asing berjumlah kira-kira RM170 juta bersama 16 kilogram jongkong emas bernilai kira-kira RM7 juta.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Rampasan itu dibuat hasil serbuan terhadap tiga premis termasuk safe house selepas SPRM menahan empat bekas pegawai kanannya ketika menjadi Perdana Menteri.
SPRM juga membekukan 13 akaun bank yang mengandungi lebih RM2 juta sebagai sebahagian daripada siasatannya terhadap Ismail Sabri.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
