Platform X berdepan serangan siber skala besar

Platform X berdepan serangan siber skala besar

11/03/2025

SAN FRANCISCO – Elon Musk memaklumkan platform media sosialnya, X berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, keputusannya menghentikan ramai kakitangan ketika mengambilalih X juga mungkin menyebabkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pekerja Twitter (sebelum bertukar nama kepada X), yang ketika itu menguasai rangkaian media sosial.

Mengikut laman Downdetector, laporan berhubung masalah dihadapi X bermula awal pagi semalam dengan pengguna di Asia, Eropah dan Amerika Utara memberitahu mereka tidak dapat mengakses platform terbabit.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Masih berlaku serangan siber besar-besaran terhadap X,” katanya dalam catatan di platform terbabit.

Musk yang juga pemilik SpaceX dan Tesla, turut menyalahkan serangan siber berikutan gangguan ketika wawancara secara langsungnya dengan Presiden AS, Donald Trump, tahun lalu, namun tidak mengemukakan sebarang bukti mengenainya.

Musk berkongsi hantaran daripada akaun bernama DogeDesigner yang melihat serangan siber terbaharu itu sebagai satu lagi permusuhan terhadapnya dengan membantah kepimpinannya dalam Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) dan vandalisme di Tesla.

Musk membuat spekulasi serangan sedemikian memerlukan sumber besar dan hanya boleh dilakukan oleh sebuah negara atau kumpulan besar yang terancang.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Ketika temu bual bersama Fox Business, Musk mendakwa komputer yang digunakan dalam serangan itu menunjukkan alamat digital di kawasan Ukraine dan X masih cuba mengetahui dengan tepat apa yang berlaku.

Pakar keselamatan siber berkata, sukar untuk menilai keadaan itu tanpa melihat operasi X, tetapi tempoh berlakunya masalah menandakan tempoh serangan.

“Ia adalah perang siber yang dilakukan dengan kuasa sepenuhnya, dengan Musk menjadi tumpuan dan ketegangan politik memuncak.

“Semua serangan ini memberi petunjuk pencerobohan mungkin didalangi negara tertentu,” kata wakil platform pertahanan siber Deepwatch, Chad Cragle.

Gangguan perkhidmatan platform media sosial X itu meyebabkan puluhan ribu pengguna gagal mendapat akses secara berkala dalam tempoh beberapa jam, dengan kemuncak serangan menyaksikan lebih 40,000 pengguna membuat aduan. – AFP

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *