09/03/2025
KUALA LUMPUR – Pelakon Datin Atikah Suhaime selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, pada jam 5.17 petang semalam.
Berkongsi berita gembira itu, Atikah memberitahu, bayi perempuan seberat 2.9 kilogram diberi nama Lyla Mulan Teh.
Atikah atau nama sebenar, Nur Atikah Mohd Suhaime bersyukur dan teruja bergelar ibu.
“Alhamdulillah, rasa sangat teruja dan tak sangka saya sudah ada ‘baby’.
“”Lega sangat selepas melahirkan Anak sebab rasanya macam sudah lama hamil,” katanya kepada BH Online.
Atikah yang berasal dari Singapura turut berkongsi berita gembira itu di Instagram (IG).
Atikah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Lokman Teh pada Januari, tahun lalu. – BHNews
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001