Diaz akhiri kemarau gol, Salah ledak jaringan ke-23

Diaz akhiri kemarau gol, Salah ledak jaringan ke-23

17/02/2025:

LIVERPOOL – Mohamed Salah meneruskan rentak jaringan untuk membantu Liverpool menewaskan Wolves 2-1 sekali gus kembali berkelebihan tujuh mata di persada Liga Perdana Inggeris (EPL).

Penyerang Mesir itu menyempurnakan sepakan penalti ketika pengendali, Arne Slot menyaksikan perlawanan di bangku simpanan.

Slot dilayangkan kad merah selepas aksi berdepan Everton tetapi dia masih ada masa untuk menjawab tuduhan Persatuan Bolasepak (FA) sehingga Rabu ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Liverpool mendahului seawal minit ke-15 hasil usaha keras Luis Diaz dan penyerang Colombia itu menamatkan rentetan 10 perlawanan tanpa gol selepas menyambut percubaan Salah yang terkena Toti Gomes.

Liverpool kemudian mendapat penalti selepas Diaz dijatuhkan penjaga gol Wolves, Jose Sa dan Salah mudah menyempurnakannya untuk gol ke-23 dalam liga setakat ini.

Wolves bagaimanapun merapatkan jurang menerusi Mateus Cunha sekali gus menyaksikan Liverpool gagal meraih perlawanan tanpa bolos di laman sendiri sejak 1 Disember. -AGENSI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *