BERITA UTAMA
Pelajar tahfiz maut ditemui dalam keadaan memeluk al-Quran

Pelajar tahfiz maut ditemui dalam keadaan memeluk al-Quran

JAKARTA – Seorang pelajar tahfiz, maut dalam kejadian kebakaran di Asrama Putra Pondok Pesantren DDI Mambaul Ulum Addariah Kabupaten Pinrang, Sulawesi Selatan pada Rabu.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Zahwa, 14, ditemui maut dalam keadaan memeluk senaskhah al-Quran.

“Ketika kejadian sekitar waktu Zuhur, kebanyakan pelajar berada di masjid. Ketika itulah kejadian kebakaran terjadi di salah sebuah bangunan asrama lelaki.

“Mangsa dipercayai cuba memasuki asrama berkenaan bagi menyelamatkan barang peribadinya, bagaimanapun Allahyarham terperangkap kerana api marak,” kata juruteknik Patobong Aris kepada wartawan pada Rabu.

Jelasnya, selepas bomba berjaya memadam kebakaran mayat Allahyarham ditemui rentung dalam keadaan memeluk al-Quran.

“Mayatnya ditemui dalam keadaan memeluk kitab suci itu,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Pinrang, Iptu Andi Reza Pahlawan menjelaskan, kebakaran berpunca daripada litar pintas.

“Api berjaya dipadamkan sekitar jam 3.30 petang waktu tempatan,” katanya. – Agensi

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *