BERITA UTAMA
Gambar lelaki dikatakan suspek kes tembak tular

Gambar lelaki dikatakan suspek kes tembak tular

JOHOR BAHRU – Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai kejadian tembak di hadapan restoran di Taman Setia Indah di sini, hari ini tular di media sosial.

Bahkan, dapat dilihat seorang lelaki memakai topi keledar dan baju biru muda serta memakai beg, yang berkemungkinan suspek menghampiri mangsa.

Imej itu tular selepas ada yang memuat naik tangkap layar gambarnya ke media sosial.

Terdahulu, menerusi video berdurasi 30 saat itu, mangsa lelaki berbaju hitam dan seluar pendek dilihat berjalan sambil menggunakan telefon bimbit di hadapan restoran sebelum dihampiri lelaki bertopi keledar.

Lelaki berkenaan yang turut mengenakan topeng muka kemudian dilihat melepaskan tembakan terhadap mangsa hingga mangsa rebah dan suspek melarikan diri.

Polis dilaporkan berkata, mangsa maut adalah lelaki tempatan berusia 40 tahun.

Usaha memburu suspek sedang giat dijalankan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *