Peguam rakyat' Ahmad Zaharil di ICU, anak rayu sokongan, doa

Peguam rakyat’ Ahmad Zaharil di ICU, anak rayu sokongan, doa

KUALA LUMPUR – Anak kepada peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, memohon doa orang ramai untuk kesihatan bapanya yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menerusi platform TikTok, Eva Zarina berkongsi perkembangan terkini keadaan bapanya sambil meminta ruang untuk beliau fokus sepenuhnya pada rawatan.

“Saya ingin memohon kebaikan semua untuk mendoakan kesihatan Tokmat @Saya Zaharil dan memberikan ruang kepada daddy saya agar dapat fokus sepenuhnya pada rawatan beliau.

“Kepada para client yang dihormati, kami akan menghubungi anda semula sebaik sahaja keadaan kembali stabil. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua,” tulisnya di ruangan kapsyen.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ahmad Zaharil dikenali ramai sebagai ‘peguam rakyat’ kerana keprihatinannya membela golongan kurang bernasib baik.

Beliau pernah tular di media sosial apabila kisahnya membantu seorang wanita susah yang dituduh mencuri kotak pensil demi anaknya menjadi perhatian.

Di media sosial, Ahmad Zaharil sering berkongsi nasihat guaman secara santai, yang disampaikan dengan penuh mesra, menjadikannya seorang figura yang dihormati dalam masyarakat. – Gempak

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *