Lebih 400,000 calon SPM duduki peperiksaan bertulis hari ini

Lebih 400,000 calon SPM duduki peperiksaan bertulis hari ini

KUALA LUMPUR – Perjuangan lebih 400,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang mendaftar bagi menduduki ujian bertulis di 3,000 pusat peperiksaan di seluruh negara, bermula hari ini.

Cuaca cerah pagi ini di kebanyakan negeri membantu melancarkan perjalanan calon untuk menghadiri ujian penting itu, walaupun terdapat beberapa kawasan di Kelantan, Johor dan Perak yang masih terkesan banjir.

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan calon tiba awal untuk mendengar taklimat sebelum memasuki dewan peperiksaan bagi menduduki Kertas Bahasa Melayu 1, yang bermula tepat pada 8.15 pagi.

Di ibu negara, seramai 20,676 calon SPM menduduki peperiksaan bertulis di 160 pusat peperiksaan di Kuala Lumpur. Jumlah tersebut melibatkan 15,846 calon sekolah kerajaan, 238 calon sekolah agensi kerajaan, 2,626 calon sekolah swasta, dan 1,966 calon persendirian.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Disyorkan

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Megat Affandi Ismail, berkata daripada jumlah itu, 110 adalah calon berkeperluan pendidikan khas (CBPK) dalam pelbagai kategori.

“Kita juga menguruskan calon menduduki peperiksaan di hospital sekitar Kuala Lumpur yang mengalami masalah kesihatan melibatkan sembilan calon,” katanya. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *