Lebih 200 bas bawa penyokong ke himpunan Najib, kata Nazifuddin

Lebih 200 bas bawa penyokong ke himpunan Najib, kata Nazifuddin

AMPANG – Lebih 200 bas akan membawa penyokong Najib Razak ke perhimpunan pada 6 Jan ini bagi menyatakan solidariti kepada bekas perdana menteri itu, kata anaknya Nazifuddin.

Nazifuddin, yang juga ketua Umno Langkawi berkata, penyokong itu terdiri daripada rakyat Malaysia yang menghormati Najib atas sumbangan besar beliau sepanjang sembilan tahun menjadi perdana menteri.

Katanya, ramai rakyat kini merindui Najib.

Berucap dalam satu perhimpunan penyokong Najib di Pusat Konvensyen Melawati malam tadi, Nazifuddin penyokong dari PAS, Umno dan Bersatu akan turun bersama-sama demi membebaskan Najib.

“Saya diberitahu sebanyak 118 bas penyokong Umno dan 100 bas penyokong PAS akan hadir. Jadi hadir (ke Istana Kehakiman, Putrajaya) pada 6 Jan ini untuk melihat individu yang kita sayangi dan menyokong Najib,” katanya.

Nazifuddin berkata penyokong Najib ada deficit kepercayaan terhadap kerajaan perpaduan kerana kurangnya keadilan untuk bekas presiden Umno itu.

Perhimpunan itu diadakan pada hari Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan titah addendum tahanan rumah yang dikatakan dikeluarkan Agong terdahulu.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu ketika ini menjalani hukuman penjara enam tahun, selepas lembaga pengampunan mengurangkan hukuman asal 12 tahun, susulan sabitan kes SRC International.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *