MANJUNG – Dua maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan di sini hari ini.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, mangsa yang maut merupakan ibu dan anak iaitu Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24, dan anaknya yang berusia sekitar 2 tahun.
Katanya, kemalangan antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar bergegas ke lokasi.
“Ada enam mangsa, dua darinya maut, manakala empat cedera.
“Dua mangsa lelaki iaitu Ahmad Aizat Khalid Abd Manan, 27, dan Mohammad Iqbal Tamsir, 31, yang menaiki Proton Wira cedera.
“Perodua Kelisa pula dinaiki empat orang iaitu Mohammad Shuqur Ahmad, 24, dan seorang kanak-kanak lelaki anggaran usia 3 tahun cedera, manakala seorang wanita, Nor Fadhilah dan kanak-kanak lelaki maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Katanya, semua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam.
Sehubungan itu, Sabarodzi berkata, mangsa cedera dihantar ke Hospital Manjung, manakala yang maut diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252