Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas

Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran berserta poster yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

“Semoga perayaan ini membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada mereka yang menyambut Hari Natal,” titah baginda.

Baginda turut bertitah masyarakat Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum, agama dan budaya menjadi tunjang perpaduan negara.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Hari Krismas disambut pada 25 Dis setiap tahun oleh penganut Kristian.

— BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *