Harry Kane, Alphonso Davies beri Bayern Munich kelegaan

Harry Kane, Alphonso Davies beri Bayern Munich kelegaan

HARRY Kane dan Alphonso Davies kembali menjalani latihan bersama Bayern Munich buat pertama kali sejak pulih daripada kecederaan paha.

Kane terlepas empat perlawanan terakhir sejak terhincut-hincut ketika seri 1-1 dengan Borussia Dortmund pada 30 November lalu.

Kapten England itu merupakan penjaring terbanyak Bundesliga musim ini dengan 14 gol — lebih satu jaringan daripada pemain Eintracht Frankfurt, Omar Marmoush.

Sementara itu, Davies turut tercedera dalam kemenangan 4-2 ke atas Heidenheim pada 7 Disember lalu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kedua-dua pemain itu tidak diturunkan ketika Bayern tumbang 1-2 di Mainz yang merupakan kekalahan liga pertama mereka musim ini di bawah kendalian Vincent Kompany.

Gergasi Bavaria itu akan berusaha untuk mengembalikan rentak kemenangan apabila melayani kunjungan Leipzig dalam perlawanan terakhir 2024, hujung minggu ini.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *