BERITA UTAMA
'Hina' penjual air teh, pendakwah Indonesia Gus Miftah letak jawatan

‘Hina’ penjual air teh, pendakwah Indonesia Gus Miftah letak jawatan

JAKARTA – Pendakwah Indonesia, Miftah Maulana Habiburrahman atau Gus Miftah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Utusan Khas Presiden Indonesia.

Detik.com melaporkan, ia susulan tindakannya mempersenda seorang penjual teh ais di khalayak dalam satu majlis yang mana video kejadian itu tular di media sosial.

“Kepada Bapak Presiden…, kepada Bapak Presiden saya ingin mengucapkan terima kasih yang tulus atas amanah dan kepercayaan yang diberikan kepada saya,” katanya menerusi siaran langsung yang disiarkan CNN Indonesia, semalam.

Gus Miftah berkata, keputusan itu dibuat secara sukarela tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

“Keputusan ini dibuat selepas memikir secara mendalam. Selepas solat, muhasabah dan istikarah, saya mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Utusan Khas (Bahagian Kerukunan Beragama) Presiden Prabowo Subianto.

Keputusan ini diambil bukan atas desakan atau permintaan sesiapa, tetapi semata-mata kerana kerana perasaan cinta, hormat dan cinta mendalam kepada Presiden Prabowo,” katanya sebak.

Teguran Probowo kepada Gus Miftah disampaikan oleh Ketua Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) Hasan Nasbi.

Beliau menegaskan, Presiden Probowo Subianti sangat menjunjung adab terhadap semua orang.

“Kami dari Pejabat Perhubungan Kepresidenan turut menyesali kejadian malang yang berlaku baru-baru ini dan membabitkan utusan khas Presiden Republik Indonesia,” kata Hasan dalam video yang disebarkan kepada wartawan kelmarin.

Kisah penjual teh air bernama Sunhaji tular di media sosial sebelum ini apabila Gus Miftah, 43, yang juga Utusan Khas Presiden Indonesia itu mempersenda, memalukannya dan dihina sebagai bodoh.

Sebelum ini, Suara.com melaporkan video ketika Sunhaji diusik Gus Miftah menjadi tular selepas ditonton jutaan kali di media sosial, turut mendapat simpati pelbagai golongan seperti tokoh Nahdatul Ulama (NU), biro pakej umrah, netizen dan pempengaruh dengan mereka segera berhasrat membantu Sunhaji. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *