BERITA UTAMA
Saham Cropmate catat 22.5 peratus premium di awal dagangan

Saham Cropmate catat 22.5 peratus premium di awal dagangan

KUALA LUMPUR – Cropmate Berhad (Cropmate) pemain utama dalam industri pembuatan baja konvensional dan khusus di Malaysia, membuat penampilan di Pasaran ACE Bursa Malaysia dengan premium 22.5 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) 20 sen sesaham.

IPO Cropmate berjaya mengumpul sejumlah RM42 juta, yang mana RM17.1 juta diperuntukkan untuk menyokong objektif perniagaannya; RM16.7 juta akan digunakan untuk membiayai pemerolehan aset strategik, termasuk Lot Kilang 8949 dan 8950.

Manakala RM3.2 juta lagi digunakan untuk perbelanjaan modal termasuk menaik taraf proses penimbangan automatik, menubuhkan makmal penyelidikan, pembangunan dan ujian serta pembelian peralatan dan kenderaan, dan RM5 juta telah diperuntukkan untuk perbelanjaan penyenaraian.

Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Cropmate, Lau Yoon Kwai berkata, hari ini menandakan detik penentu bagi Cropmate meraikan kejayaan penyenaraian syarikat di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

“Pencapaian ini adalah bukti kerjakeras, dedikasi dan daya tahan pasukan kami, serta kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh pelabur dan pihak berkepentingan kepada kami,” katanya.

Sebagai pakar dalam perumusan dan pengadunan kedua-dua baja konvensional dan khusus, Cropmate dengan cepat mengukuhkan dirinya sebagai pemain penting dalam sektor pertanian Malaysia.

Produk baja khusus, yang disesuaikan untuk tanaman bernilai tinggi seperti durian, telah memainkan peranan penting dalam menangani keperluan pemilik dusun dan pengusaha ladang di seluruh negara.

Yoon Kwai menambah dana yang diperoleh melalui IPO akan membolehkan syarikat memperoleh aset pengeluaran utama, membiayai perbelanjaan modal dan menyediakan modal kerja tambahan, ini akan meningkatkan keupayaan untuk berkhidmat kepada sektor pertanian Malaysia.

“Sebagai syarikat baja pure-play pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia, kami komited untuk menyumbang kepada amalan perladangan yang mampan, menyokong matlamat keselamatan makanan negara, dan menyampaikan nilai jangka panjang untuk semua pemegang kepentingan kami,” katanya.

Hong Leong Investment Bank Berhad ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Pemilik Buku. – nd

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *