ALOR SETAR – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai di Jalan Paya Kubang Lembu, Kampung Tok Kesop, Jitra, petang semalam.
Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd. Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.29 malam sebelum tiba di lokasi kira-kira 35 minit kemudian.
“Bomba menerima panggilan melalui talian MERS 999 yang memaklumkan seorang lelaki berusia 40-an dikhuatiri lemas ketika memukat ikan di sungai berkenaan.
“Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jitra serta Pasukan Gerak Cepat (PGC) melibatkan 15 orang telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat,” katanya dalam kenyataan malam tadi. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252