Beberapa jalan utama di Raub ditutup akibat banjir

Beberapa jalan utama di Raub ditutup akibat banjir

KUANTAN – Beberapa jalan utama di daerah Raub ditutup untuk semua kenderaan ringan berikutan banjir susulan hujan lebat sejak petang semalam

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dalam kenyataan yang yang dimuat naik di Facebook berkata antara jalan yang ditutup kepada kenderaan ringan adalah di Kilometer (km) 344 – KM342 Jalan Kuala Lipis-Kota Bharu (Gali Lurus-Gali Hilir) dan Jalan Cheroh-Gesing (jambatan Gesing).

“Ekoran hujan lebat semalam pada pukul 6 petang sehingga kini, telah menyebabkan banjir di daerah Raub, dan beberapa jalan utama turut dinaiki air sejak pagi tadi.

“Kawalan lalu lintas dilakukan oleh Trafik IPD Raub. Laluan hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja,” menurut kenyataan itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila 19 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Lipis bagi menempatkan 579 mangsa daripada 185 keluarga setakat pukul 10.15 pagi. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *