Saintis berjaya simpan data dalam berlian yang mampu bertahan jutaan tahun

Saintis berjaya simpan data dalam berlian yang mampu bertahan jutaan tahun

PENYIMPANAN data masa panjang ialah cabaran yang perlu dihadapi kerana storan cakera keras tidak boleh bertahan selama-lamanya dan storan pada cakera padat pula musnah apabila plastik terurai dalam masa 500 tahun.

Penyelidik daripada University of Science and Technology di Hefei kini menemui jalan untuk menyimpan data menggunakan berlian.

Menerusi penemuan ini, sebuah cakera dengan lapisan berlian boleh menyimpan data dengan kepadatan 1.85 TB setiap sentimeter padu.

Ini bermakna ia mempunyai kapasiti 2,000 cakera Blu-Ray yang mempunyai saiz yang sama.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Lebih penting sekali penyelidik percaya data yang disimpan boleh bertahan selama jutaan tahun walaupun disimpan pada suhu bilik.

Laser ultra pantas digunakan untuk menolak kedudukan atom karbon pada permukaan berlian.

Ini akan menghasilkan keterangan berbeza pada permukaan berlian yang mewakili nilai tertentu untuk data yang disimpan.

Dalam kajian yang dilakukan ketepatan penyimpanan dan membaca semula data menggunakan teknik ini ialah sekitar 99%.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sistem ini masih di peringkat ujian dan menelan kos yang tinggi kerana sistem laser yang diperlukan.

Namun begitu penyelidik percaya dengan kemajuan teknologi, mesin sebesar ketuhar gelombang mikro boleh melakukan proses menyimpan data di masa hadapan.

Penemuan ini mengingatkan kami kepada sistem cakera padat ciptaan penyelidik University of Southampon tiga tahun lalu yang boleh menyimpan sehingga 10,000 kali ganda data sekeping Blu-Ray.

Walaupun berkapasiti tinggi, proses menulis data 500TB mengambil masa 60 hari menjadikannya tidak praktikal. – Amanz

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *