BERITA UTAMA
Sehari tayangan, Kahar: Kapla High Council raih kutipan RM1 juta

Sehari tayangan, Kahar: Kapla High Council raih kutipan RM1 juta

KUALA LUMPUR – Baru sehari ditayangkan, filem Kahar: Kapla High Council berjaya meraih kutipan RM1 juta!

Perkara itu diumumkan menerusi akaun Instagram Astro Shaw pada Jumaat.

Kahar: Kapla High Council merupakan filem yang diterbitkan Astro Shaw dengan Kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital mengangkat isu buli yang berlaku di kalangan remaja.

Ia juga membahas isu penting seperti pengaruh kekeluargaan dalam jati diri seseorang dan menfokuskan mesej keganasan bukan jalan penyelesaian.

Di sosial media, rata-rata netizen berpendapat bahwa lakonan Amir Ahnaf bersama pelakon Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Khenobu, Hasnul Rahmat dan Husyairi Hussain berjaya menghidupkan karakter di layar perak.

Antara petikan kata-kata yang diterima adalah:

“Wah alhamdulillah. Dah tengok da semalam. Seram ngeri tengok Kahar mengamuk.” – @_thisisazri_

“Dah layan semalam dengan member, rasa macam nak tengok lagi.” – @Haziq_sazeli

“Tapau tengok tiga kali sebab terlalu mantul.” – @syaz_aween

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Kahar: Kapla High Council yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara berdekatan anda!

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *