BERITA UTAMA
Tanah runtuh: Laluan ke Betong ditutup satu lorong

Tanah runtuh: Laluan ke Betong ditutup satu lorong

GERIK – Tanah runtuh mengakibatkan laluan FT077 Seksyen 4.80, Jalan Pengkalan Hulu-Betong di daerah Hulu Perak dibuka kepada satu lorong pada Khamis.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Perak menerusi akaun Facebooknya memaklumkan, penutupan satu lorong laluan berhampiran sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand itu berkuat kuasa sehingga dimaklumkan kelak.

“Kawasan tanah runtuh dikenal pasti berlaku kira-kira 200 meter daripada pondok kawalan Pengkalan Hulu.

“Tindakan telah diambil dengan memasang Pelan Pengurusan Trafik (TMP) dan menempatkan pekerja (flagman) dikawasan tanah runtuh. Pemantauan pergerakan cerun turut dilaksanakan,” katanya.

Tambahnya, tindakan jangka panjang telah diambil dengan memajukan maklumat kejadian ke Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR pada 10 September lalu bagi pembaikan kekal.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *