BERITA UTAMA
Mayat lelaki tanpa identiti ditemui tepi pantai

Mayat lelaki tanpa identiti ditemui tepi pantai

KUALA SELANGOR – Mayat seorang lelaki berseluar dalam ditemukan di tepi pantai Kampung Parit 4, Sungai Burong, Tanjong Karang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada seorang individu mengenai penemuan itu pada jam 2.16 petang.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati mayat yang tidak dikenal pasti identiti itu dalam keadaan terlangkup di lokasi berkenaan.

“Lelaki berkulit cerah itu didapati hanya berseluar dalam dan berbaju kelabu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Azaharudin memberitahu, pemeriksaan pada tubuh mangsa juga tidak menemui butiran pengenalan diri dan tiada sebarang unsur jenayah.

Sehubungan itu, katanya, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau balai polis berdekatan.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *