BERITA UTAMA
Israel rayu kepada ICC berhubung waran tangkap terhadap Netanyahu

Israel rayu kepada ICC berhubung waran tangkap terhadap Netanyahu

JERUSALEM – Hanya enam hari lalu iaitu sebelum berita gencatan senjata di Lubnan berlaku, hakim di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, serta seorang komander Hamas, Mohammed Deif, yang didakwa oleh Israel telah dibunuh Julai lalu.

Waran tangkap itu dikeluarkan berdasarkan peranan mereka dalam perang di Gaza yang sekali gus akan menyekat Netanyahu dan Gallant daripada melawat mana-mana daripada 124 negara anggota ICC serta berisiko ditangkap.

Susulan itu, Israel telah memaklumkan kepada ICC akan mengemukakan rayuan berhubung waran tangkap yang dikeluarkan untuk Netanyahu dan Gallant.

Kenyataan dari pejabat Netanyahu berkata, Israel “menafikan kuasa” ICC dan Hague “dan kesahihan waran tangkap” terhadap pasangan itu.

“Israel menyerahkan rayuan kepada ICC untuk menangguhkan pelaksanaan waran tangkap itu,” kata kenyataan itu. – Agensi

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *