BERITA UTAMA
Kemalangan maut babitkan tiga beranak: Penjual sayur direman hingga esok

Kemalangan maut babitkan tiga beranak: Penjual sayur direman hingga esok

JERTIH – Polis telah mendapat kebenaran bagi menahan reman seorang penjual sayur hingga esok bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut yang mengorbankan nyawa tiga beranak di Setiu, dua hari lepas.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 24 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurliyana Md Zukri di Mahkamah Majistret Besut, di sini.

Lelaki itu ditahan di lokap Balai Polis Permaisuri bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Isnin lepas media melaporkan tiga sekeluarga maut apabila Perodua Axia dinaiki mereka dirempuh kereta pacuan empat roda di Kilometer 53 Jalan Persekutuan Kuala Terengganu-Kota Bharu, dekat Kampung Sungai Lerek, Setiu, kira-kira pukul 4.50 pagi. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *