Cropmate raih RM42 juta dari IPO

Cropmate raih RM42 juta dari IPO

KUALA LUMPUR – Cropmate Berhad (Cropmate), pemain utama dalam industri pembuatan baja konvensional dan khusus di Malaysia, menyasar untuk mengumpul RM42 juta melalui terbitan 210 juta saham baharu pada harga runcit RM0.20 sesaham melalui pelancaran prospektusnya ke Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).

Hasil yang diraih dari IPO itu, Cropmate akan menggunakan RM17.1 juta untuk modal kerja bagi menyokong operasi Cropmate yang semakin berkembang.

Manakala RM16.7 juta untuk membiayai sebahagian daripada pertimbangan pembelian Lot Kilang 8949 dan 8950, di mana lokasi operasi Cropmate.

RM3.2 juta untuk perbelanjaan modal termasuk penubuhan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan makmal ujian dan RM5 juta untuk membiayai perbelanjaan penyenaraian.

Pengarah Urusan Cropmate, Lee Chin Yok berkata, pelancaran prospektus merupakan detik yang menentukan untuk Cropmate dengan pelancaran prospektus.

“Sebagai syarikat baja pure-play pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia, IPO ini mewakili komitmen kami untuk meningkatkan produktiviti dan kemampanan pertanian di Malaysia.

“Dengan hasil itu, kami menyasarkan untuk mengembangkan keupayaan R&D kami dan terus berinovasi dalam industri baja.

“Kami teruja dengan peluang IPO ini dibuka untuk Cropmate sambil kami mengukuhkan kehadiran kami dalam sektor pertanian Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Chin Yok menambah, tumpuan sekarang adalah untuk mengembangkan keupayaan R&D dan mendapatkan aset strategik sejajar dengan visi jangka panjang kami untuk menjadi kuasa peneraju dalam industri.

“Modal kerja tambahan itu juga akan memberikan kami sumber yang diperlukan bagi memenuhi permintaan semakin meningkat untuk baja berkualiti tinggi, terutama di kalangan dusun durian dan ladang kelapa sawit, sambil memastikan inovasi berterusan dan kecemerlangan dalam operasi,” tambahnya.

Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif HLIB, Lee Jim Leng berkata, Cropmate berada pada kedudukan yang baik untukmenangkap pertumbuhan dalam sektor pertanian Malaysia, terutama dengan tumpuannya pada inovasi dan kemampanan, yang membolehkan mereka memainkan peranan penting dalam mengukuhkan keselamatan makanan apabila populasi syarikat terus bertambah.

“Inisiatif strategik mereka, disokong oleh asas operasi yang kukuh, memastikan Cropmate akan terus berkembang maju dan memimpin industri baja bergerak ke hadapan,” katanya.

Hong Leong Investment Bank Berhad ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Pengurus Utama.  – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *