BERITA UTAMA

Tekap seterika: Suspek kes buli pegawai kadet UPNM didakwa hari ini

KUALA LUMPUR: Suspek kes dera dan buli terhadap seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan dituduh di mahkamah, pagi ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata pertuduhan akan dijalankan di Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8 pagi.

“Kes pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan membabitkan kes buli pelajar UPNM,” katanya dalam kenyataan ringkas, semalam.

Katanya, pertuduhan membabitkan seorang pelajar senior UPNM berusia 22 tahun yang sebelum ini dilaporkan dirakam keterangan oleh polis bagi membantu siasatan.

Pelajar itu adalah antara 16 individu yang dirakam keterangan oleh polis dalam siasatan kes itu.

Dalam kejadian jam 11.45 malam 22 Oktober lalu, mangsa mendakwa didatangi pegawai senior yang juga suspek sebelum mangsa diminta menggosok bajunya.

Pelajar senior berusia 22 tahun itu didakwa secara tiba-tiba mengambil seterika yang dipegang pengadu sebelum menekap bahagian dada sebelah kanan sebanyak satu kali.

Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan melecur dan menjerit kesakitan.

Mangsa membuat laporan polis pada malam Jumaat lalu (1 November) dan keterangan daripadanya juga sudah direkodkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.- Berita Harian


Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *