Kereta langgar pembahagi tol, 2 warga emas maut

Kereta langgar pembahagi tol, 2 warga emas maut

SERDANG – Dua lelaki warga emas maut apabila kereta dinaiki mereka melanggar pembahagi di Plaza Tol Sungai Besi, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Seremban, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden berkenaan pada jam 3.42 pagi.

Susulan itu, beliau berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan dikejarkan ke lokasi.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda CRV di mana dua lelaki berusia 65 tahun tersepit di bahagian hadapan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa berjaya dilakukan anggota bomba, dan kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *