Surat 'penipuan' tiada tempat dalam hati saya - Diana

Surat ‘penipuan’ tiada tempat dalam hati saya – Diana

KUALA LUMPUR – Aktres Diana Danielle berkongsi video sedang membakar kertas dipercayai surat yang pernah diberikan suaminya, Farid Kamil.

Melalui entri berbentuk video yang dimuat naik di Instagram (IG), Diana atau nama sebenar, Diana Danielle Danny Beeson menyebut, surat berkenaan tiada tempat di hatinya.

“Surat ‘penipuan’ tiada tempat dalam hati saya,” tulis Diana ringkas pada video sedang membakar kertas berkenaan.

Sementara itu, pada hantaran sebelum, Diana melabel Farid adalah lelaki kejam sekiranya berniat mahu memanjangkan isu rumah tangga mereka di mahkamah.

Diana berkongsi, dia sudah memberi peluang kepada Farid selepas mereka kembali rujuk setahun lalu, namun ia tidak berhasil.

“Jika mahu panjangkan proses perceraian, maka dia seorang yang kejam.

“Saya sudah menghabiskan masa selama setahun cuba memperbaiki dan pulihkan keadaan. Sudah banyak kali kami berdepan dengan ambang keretakan.

“Jika mahu ikat sehingga saya terseksa sampai ke proses hakam, dia adalah kejam. Saya tidak mahu dipujuk dan tidak mahu teruskan perkahwinan ini.

“Niat saya cukup jelas. Tiada lagi yang saya mahukan, selain tidak berada di bawah tanggungjawabnya,” tegas Diana sebagaimana dipetik BH.Com.

Sebelum ini, Farid berkongsi ucapan buat Diana sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12, hari ini.

Farid menerusi entri di IG memuat naik foto dipercayai ketika menunaikan solat sunat selepas majlis pernikahannya bersama Diana pada 2012 berserta sekeping kad ucapan.

Terdahulu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan akan memfailkan perceraian buat kali kedua selepas setahun kembali rujuk ke pangkuan Farid.

Bagaimanapun, Diana enggan memperincikan alasan membuat keputusan nekad untuk berpisah.

Baru-baru ini, Farid mengakui berlaku perselisihan faham kecil antara mereka, sebelum Diana berkongsi kenyataan dia akan memfailkan perceraian buat kali kedua.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Sebelum ini, Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos secara dalam talian sebelum rujuk semula pada 31 Ogos lalu.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *