BERITA UTAMA
Pukul pemandu OKU: Pengiring mengaku bersalah, didenda RM1,000

Pukul pemandu OKU: Pengiring mengaku bersalah, didenda RM1,000

KUALA LUMPUR – Seorang pengiring polis kepada kenamaan didenda RM1,000 kerana menyebabkan kecederaan terhadap seorang pemandu e-panggilan yang kurang upaya, di sebuah hotel pada 28 Mei lalu.

Muhammad Taufik Ismail, 32, seorang lans koperal, membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sampai satu tahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mengikut pertuduhan, Tawfik dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Ong Ing Keong, 47, di hadapan lobi sebuah hotel di Brickfields, pada 11.40 pagi.

Media sebelum ini melaporkan pemandu kenderaan e-hailing yang juga OKU pendengaran mendakwa dipukul seorang pengiring keselamatan bagi rombongan kenamaan.

Dia akan dipenjarakan selama 20 hari sekiranya gagal membayar denda.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *