BERITA UTAMA
Rangka manusia ditemui bawah timbunan tanah di kebun durian

Rangka manusia ditemui bawah timbunan tanah di kebun durian

BALIK PULAU – Polis belum mengenal pasti identiti mangsa susulan penemuan rangka manusia dalam kebun durian di Pulau Betong di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, polis sehingga kini masih menjalankan siasatan berhubung kes penemuan tulang manusia di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan pada jam 12.35 tengah hari.

“Lokasi kejadian merupakan kawasan lereng berbukit, di dalam kebun durian di kawasan Pulau Betong.

“Setakat ini identiti mangsa belum dikenal pasti, siasatan awal di lokasi kejadian telah mengesan beberapa tulang dan satu rangka manusia di bawah timbunan tanah di situ,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, turut dijumpai serpihan telefon, cawan, gulungan dawai, periuk besi dan serpihan kipas.

“Tulang dan rangka tersebut di bawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Siasatan masih dijalankan dan dan polis menunggu laporan forensik bagi siasatan lanjut,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *