PELAKON jelita Diana Danielle menafikan dakwaan suaminya, Farid Kamil, bahawa mereka masih berhubung.
Menerusi kenyataan di Instagram Stories, Diana mendakwa dia tidak mahu tinggal sebumbung dengan Farid lagi dan meminta suaminya menghormati permintaannya (untuk memohon perceraian).
“Kami tidak bercakap menerusi telefon semalam. Saya sudah beri notis dalam WhatsApp untuk dia (Farid) pindah rumah secepat mungkin kerana akan lalui proses perceraian.
“Saya tidak akan benarkan hal yang tak pernah berlaku dikatakan berlaku. Saya juga tidak mahu sebumbung lagi seperti yang sudah dimaklumkan sendiri kepadanya… sila hormati,” katanya.
Terdahulu, Farid memaklumkan dia dan Diana masih lagi berhubung dan tinggal sebumbung selain menyatakan kemelut yang berlaku hanya perselisihan faham kecil.
Isnin lalu, Diana membuat kejutan apabila mengumumkan mahu memfailkan perceraian buat kali kedua menerusi perkongsian di IG.
Pada 10 Mac tahun lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson pernah memfailkan permohonan cerai di mahkamah yang sama, iaitu Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Alasan diberi pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu. Namun, mereka rujuk sebulan kemudian.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9. – Gempak
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252