BERITA UTAMA
TOPVISION terbit 54.22 juta saham untuk ke Pasaran ACE

TOPVISION terbit 54.22 juta saham untuk ke Pasaran ACE

KUALA LUMPUR – TOPVISION Eye Specialist Berhad (TOPVISION) pemain berpengalaman dalam perkhidmatan penjagaan mata perubatan di Malaysia, mengumumkan perjanjian taja jamin dengan Hong Leong Investment Bank Berhad (HLIB) untuk tawaran awam permulaannya (IPO) yang akan datang ke Pasaran ACE.

TOPVISION ialah penyedia penjagaan mata yang mantap dengan kehadiran kukuh di Malaysia, mengkhusus dalam perkhidmatan oftalmik komprehensif termasuk pembedahan katarak, rawatan dan pengurusan glaukoma serta rawatan dan pengurusan penyakit vitreous dan retina.

Disenaraikan di Pasaran LEAP Bursa Securities pada 2018, Syarikat mengendalikan rangkaian pusat jagaan ambulatori (ACC) yang semakin berkembang di seluruh Malaysia, dengan rancangan untuk berkembang kepada 14 ACC menjelang tahun depan, termasuk kemasukan sulungnya ke Malaysia Timur.

Pelaksanaan Pemindahan Penyenaraian seperti yang digariskan dalam draf prospektus syarikat, akan melibatkan terbitan awam sebanyak 54.22 juta saham biasa baharu dalam TOPVISION (Saham Terbitan), mewakili 17.50 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan.

Naib Pengerusi Eksekutif TOPVISION, Datuk Kenny Liew Hock Nean berkata, pemindahan penyenaraian ini merupakan detik penting untuk TOPVISION apabila beralih daripada Pasaran LEAP kepada Pasaran ACE.

“Kerjasama dengan HLIB untuk penyenaraian kami menggariskan komitmen kami untuk meluaskan akses kepada perkhidmatan penjagaan mata berkualiti tinggi di seluruh Malaysia.

“Dana yang diperoleh daripada tawaran awam ini akan membolehkan kami meningkatkan lagi teknologi perubatan kami, mengembangkan rangkaian ACC dan meneruskan sumbangan kepada sektor penjagaan mata,” katanya di sini hari ini.

Hock Nean menambah, pelaksanaan IPO TOPVISION akan dilakukan seperti berikut, iaitu penawaran institusi sebanyak 33.93 juta Saham Terbitan, mewakili 10.95 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan, untuk diperuntukkan kepada pelabur institusi dan terpilih.

Tawaran runcit sebanyak 20.29 juta Saham Terbitan, mewakili 6.55 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan dengan 1.32 juta Saham Terbitan untuk permohonan oleh pengarah yang layak (mewakili 0.42 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan).

Manakala 2.16 juta Saham Terbitan untuk permohonan oleh pekerja yang layak (mewakili 0.70 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan).

Sebanyak 1.33 juta Saham Terbitan untuk permohonan oleh orang yang telah menyumbang kepada kejayaan Kumpulan (mewakili 0.43 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan) dan 7.75 juta Saham Terbitan untuk permohonan oleh orang ramai Malaysia melalui pengundian yang diperuntukkan sama rata antara bumiputera (mewakili 2.5 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan) serta 7.75 juta Saham Terbitan untuk bukan bumiputera (mewakili 2.5 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan) pelabur.

HLIB bertindak sebagai Penasihat Utama, Penaja, PenajaJamin Tunggal dan Pemilik Buku Tunggal, akan menaja jamin20.29 juta Saham Terbitan yang diperuntukkan untuk tawaran runcit. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *