Dua maut, enam cedera dalam insiden tembakan di festival tarian di Toronto

NEW YORK – Dua maut dan enam cedera dalam satu insiden tembakan di sebuah festival salsa di bandar Toronto, Kanada, menurut polis pada Ahad.

Suspek masih bebas, kata pihak polis Toronto menerusi hantaran di platform X, seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Jerman, dpa.

Kejadian berlaku sejurus selepas 8 malam (0000 GMT) pada Sabtu di festival Salsa on St Clair yang berlangsung di bandar pelabuhan di tepi Tasik Ontario itu.

Ketika kejadian, orang ramai sedang berseronok di jalanan dengan diiringi muzik Amerika Latin.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut laman web penganjur, festival yang menampilkan muzik, barisan artis dan hidangan istimewa Amerika Latin itu berjaya menarik ratusan ribu pengunjung ke jalan-jalan di sekitar kawasan kejiranan Hillcrest Village pada setiap tahun. – BERNAMA-dpa

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *