Malaysia berduka, kutuk pembunuhan Yahya Sinwar oleh Israel - PM Anwar

Malaysia berduka, kutuk pembunuhan Yahya Sinwar oleh Israel – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kedukaan selepas pemimpin Hamas, Yahya Sinwar meninggal dunia akibat dibunuh rejim zionis Israel, pada Khamis lalu.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia berduka atas kehilangan seorang sosok pejuang dan pembela rakyat Palestin itu.

“Sekali lagi komuniti antarabangsa gagal memperjuang serta memastikan keamanan dan keadilan tertegak lantas memburuk situasi konflik.

“Malaysia mengutuk keras pembunuhan ini dan ternyata percubaan rejim untuk melemahkan tuntutan pembebasan tidak akan berjaya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pada Sabtu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pada Khamis, Yahya Sinwar dilaporkan terbunuh dalam serangan ganas Israel di selatan Gaza.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Malaysia mendesak agar kebiadaban Israel disanggah komuniti antarabangsa dan pembantaian berterusan warga Palestin mesti segera dihentikan.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *