Pemegang saham SSF lulus resolusi utama dalam AGM

Pemegang saham SSF lulus resolusi utama dalam AGM

KUALA LUMPUR – SSF Home Group Berhad (SSF), peruncit terkenal dalam perabot, hiasan rumah dan produk kediaman, mengumumkan pemegang sahamnya telah meluluskan resolusi utama dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) hari ini.

Para pemegang saham meluluskan resolusi utama termasuk penerimaan pakai Penyata Kewangan Beraudit untuk tahun kewangan berakhir 30 April 2024 dan pemilihan semula pengarah.

Mesyuarat itu juga menyaksikan kelulusan penerbitan saham baharu dan langkah penting lain yang bertujuan untuk mengekalkan trajektori pertumbuhan Kumpulan dan meningkatkan nilai pemegang saham.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif SSF Home Group Berhad, Wong Choong Loong berkata, syarikat berterima kasih atas sokongan dan kepercayaan berterusan yang diberikan oleh para pemegang saham.

“Hari ini bukan sahaja mencerminkan pencapaian kami yang lalu, tetapi juga batu loncatan dengan 43 kedai di seluruh negara, termasuk yang terbaharu di Danga Utama, Johor Bahru, perjalanan pertumbuhan dan inovasi kami berterusan, kami melangkah dengan yakin ke masa depan yang penuh dengan peluang dan kejayaan,” katanya di sini hari ini.

Choong Long berkata, SSF akan terus menumpu pada mengembangkan jejak runcitnya dan memanfaatkan platform dalam taliannya untuk mencapai pangkalan pelanggan yang lebih luas.

Kumpulan kekal optimistik mengenai masa depannya, disokong oleh inisiatif strategiknya dan model operasi yang mantap.

Pada jam 5 petang hari ini harga saham SSF ditutup pada RM0.33 dengan modal pasaran sebanyak RM264.0 juta. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *