'Posting' adik ipar Fattah Amin raih perhatian

‘Posting’ adik ipar Fattah Amin raih perhatian

KUALA LUMPUR: “Bodyguard Along (Fattah), cukuplah bawa ibu dan ayah tercinta.”

Hantaran adik ipar pelakon, Fattah Amin iaitu Wan Aslam Zakaria di Facebook meraih perhatian apabila ramai netizen ‘berkampung’ dalam ruangan komen dan mendoakan bekas suami, Nur Fazura itu.

Dalam hantaran itu, Wan Aslam turut mendoakan agar urusan abang iparnya dipermudahkan dan terus kekal tenang.

“Kekal tenang dan senyum. Insya-Allah, Allah permudahkan,” tulisnya.

Dalam satu hantaran lain, Wan Aslam yang berkahwin dengan adik Fattah seminggu selepas Fattah dan Fazura bernikah pada 2017 turut menulis nasihat ringkas mengenai rumah tangga agar mengikut jalur agama.

“Ikutilah jalan Islam, maka kita akan selamat. Dan sebesar mana pun ujian kita, Allah akan tunjukkan jalannya jika kita ikuti jalan Islam, iman dan ihsan.

“Nasihat buat diri saya sekeluarga juga. Semoga Allah kurniakan buat sekalian keluarga kami Sakinah, Mawaddah dan Rahmah. Dizahirkan hikmah ketentuan yang ditetapkan Allah,” tulisnya.

Semalam, Fattah dan Fazura bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling selepas tujuh tahun berumah tangga.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *