Lelaki ditemukan lemas kereta dipandu terjunam dalam sungai

Lelaki ditemukan lemas kereta dipandu terjunam dalam sungai

POKOK SENA – Seorang lelaki ditemukan lemas selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Santap dekat Kampung Baru Telaga Mas di sini, pada pagi Khamis.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, mangsa, Muhammad Noor Fadzli Mustapa, 25, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah menerima panggilan kecemasan pada jam 10.25 pagi berhubung kejadian tersebut dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi didapati terdapat sebuah kereta telah terbabas ke dalam sungai dan seorang mangsa masih belum berjaya diselamatkan selain mendapati arus sungai yang deras.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Seterusnya, PGO Kedah telah mengarahkan jentera khas EMRS BBP Alor Setar dan Pasukan Penyelamat di Air BBP jitra ke lokasi kejadian,” katanya dipetik Sinar Harian pada Khamis.

Jelas Aminuddin, mangsa berjaya dijumpai namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut

Tambah beliau, seorang wanita pengsan di lokasi kejadian pula dipercayai ahli keluarga mangsa yang sebelum itu hadir ke lokasi dengan menaiki motosikal. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *