Penamatan Khairuddin sebagai KP J-KOM perkara biasa - Fahmi

Penamatan Khairuddin sebagai KP J-KOM perkara biasa – Fahmi

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengesahkan khidmat Dr Mohd Khairuddin Othman sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) ditamatkan.

Beliau berkata ia adalah prosedur biasa kerana urusan penamatan dibuat mengikut proses yang teratur.

Namun ketika ditanya punca khidmat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras itu ditamatkan, Fahmi enggan mengulas lanjut.

“Tidak (tidak boleh terangkan sebab penamatan), saya boleh sahkan beliau sudah ditamatkan perkhidmatan dan dalam isu jawatan kontrak sebenarnya mana-mana pelantikan dan penamatan ada prosesnya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Ia adalah perkara biasa dan ia berpandukan proses yang saya sebut tadi iaitu ia adalah teratur,” katanya pada sidang media mingguan, di sini, pada Rabu.

Dalam masa sama Fahmi juga tidak menamakan pemangku jawatan berkenaan sebelum pelantikan baharu dibuat.

Mohd Khairuddin ketika dihubungi Astro AWANI semalam mengesahkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah J-KOM ditamatkan dengan surat penamatan yang diterima beliau pada Isnin.

Beliau yang merupakan Setiausaha PKR Selangor dilantik ke jawatan itu bermula 1 Mac lalu bagi mengisi kekosongan jawatan yang sebelum itu disandang Prof Datuk Mohammad Agus Yusof.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *