Polis sahkan banduan terima rawatan lari dari Hospital Sungai Buloh

Polis sahkan banduan terima rawatan lari dari Hospital Sungai Buloh

KUALA LUMPUR – Polis hari ini mengesahkan seorang banduan Penjara Sungai Buloh yang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh melarikan diri pada 3.56 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh menerima maklumat melalui talian MERS 999 daripada pihak hospital yang memaklumkan seorang banduan tiada di katilnya dan disyaki melarikan diri.

Beliau berkata banduan itu dikenali sebagai A. Kalai Kumar, 27, serta memiliki lapan rekod lampau membabitkan empat kesalahan jenayah dan empat kesalahan berkaitan narkotik.

“Polis kini giat menjalankan usaha menjejaki dan menangkap banduan itu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mohd Hafiz turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai banduan itu supaya melaporkannya dengan segera kepada IPD Sungai Buloh di talian 03-6156 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *