BERITA UTAMA

Sterling pilihan mudah buat Arteta

LONDON: Mikel Arteta hanya memerlukan 10 saat untuk memutuskan menandatangani Raheem Sterling apabila pemain sayap itu menjawab panggilannya dengan, “Saya bermimpi tentang panggilan ini’.

Pertemuan tetangga London antara Arsenal dan Tottenham esok akan menjadi aksi pertama Sterling bersama The Gunner selepas melengkapkan perpindahan secara pinjaman dari Chelsea pada hari terakhir jendela perpindahan.

Pemain England itu tercicir daripada skuad utama The Blues dan terdesak mencari pasukan yang akan memberikannya minit permainan.

Arteta, yang menjadi pembantu Pep Guardiola di Manchester City ketika Sterling bersama kelab itu, menelefon pemain berkenaan dan menawarkan peluang untuk menyertai Arsenal.

“Panggilan pertama saya, dalam 10 saat pertama saya tahu kami perlu menandatanganinya kerana dia begitu mahukannya. Persoalan utama saya hanyalah; ‘Dia berada di peringkat mana dalam kariernya?

“Apa yang saya lihat ialah dia begitu bersemangat. Dia seorang pemain yang mahu beraksi pada setiap minit permainan.

“Anda dapat merasainya. Kehadirannya akan membuatkan kami lebih baik,” kata Arteta.

Arsenal kini sedang menantikan keputusan berkenaan ujian terhadap kecederaan buku lali Martin Odegaard.

Kapten Arsenal itu terseliuh ketika beraksi untuk Norway pada Isnin dan pulang ke London dengan memakai topang ketiak. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *