BERITA UTAMA

F1: McLaren mahu pintas Red Bull di Baku

BAKU – Pasukan McLaren kini berpeluang untuk memintas Red Bull dalam perebutan gelaran pengeluar di Grand Prix (GP) Azerbaijan malam esok sekiranya dua pemandu mereka, Lando Norris dan Oscar Piastri mampu meraih kemenangan.

Red Bull ketika ini berdepan masalah terutama pada pembangunan jentera hingga menyebabkan Verstappen yang sedang mendahului perlumbaan berdepan tekanan apabila gagal mencipta sebarang kemenangan dalam enam perlumbaan sebelum ini.

Justeru, McLaren dilihat mampu menggunakan peluang tersebut untuk merampas gelaran pengeluar dari Red Bull di Azerbaijan apabila hanya dipisahkan lapan mata.

“Matlamat kami jelas terutama untuk mengejar gelaran. Saya yakin sepenuhnya dengan pasukan untuk terus bekerja dan memperbaiki diri. Kini dengan peluang kejuaraan yang lebih terbuka, kami lebih bersemangat daripada sebelumnya.

“Saya bangga dengan pasukan dan tidak sabar untuk melihat apa yang kami boleh lakukan hujung minggu ini di Azerbaijan,” kata Norris.

Sebagai rekod, Norris kini berada di tangga kedua keseluruhan dan berpeluang untuk mengejar Verstappen dalam perebutan gelaran dunia Formula Satu (F1) apabila hanya ketinggalan 62 mata dengan pemandu Belanda tersebut.

Rakan sepasukannya, Oscar Piastri dilihat turut berpeluang mencipta kejutan apabila kedudukan keempat dan ketinggalan 106 mata dengan Verstappen dan dijangka akan membuka ruang kepada rakan sepasukannya itu untuk mencipta gelaran dunia F1 musim ini. – AGENSI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *