BERITA UTAMA

PRK DUN Mahkota: BN lawan PN

KLUANG: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), 28 September ini.

BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan, manakala PN menampilkan bekas jurulatih dan pemain bola sepak Johor, Mohamad Haizan Jaafar atau Coach Haizan, 61.

Mereka diumum sebagai calon layak bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Mahkota, Azurawati Wahid, sebaik selesai proses penamaan calon pada jam 10 pagi tadi di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini.

Azurawati Raisnan mengumumkan pihaknya menerima pencalonan calon BN, Syed Hussien pada jam 9 pagi, disusuli calon PN, Coach Haizan, 9.05 pagi.

PRK DUN Mahkota diadakan selepas penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia pada 2 Ogos lalu akibat pendarahan dalaman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal PRK DUN Mahkota pada 24 September manakala hari pengundian pada 28 September. -BERITA HARIAN


Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *