Lama tidak diperkata ramai, pempengaruh media sosial dikenali ramai iaitu Aisyah Hijanah telah memfailkan penceraian terhadap suami, Aliff Teega.
Namun begitu, Aisyah memohon orang ramai untuk mendoakan agar urusan rumah tangganya dipermudahkan kerana ujian yang sedang dihadapi ketika ini sangat berat.
Difahamkan, Aisyah memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor.
Apabila ditanya sebab memfailkan penceraian, wanita itu enggan mengulas lanjut kerana perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan.
Bahkan, pempengaruh itu berkata keputusannya itu tiada pengaruh daripada mana-mana pihak, sebaliknya ia berlaku secara sendiri.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252